:welcome:

Selamat Datang , Selamat Membaca
Inilah Dunia si Gadis Mocha



:gadismocha:

:gadismocha:

:soundofsoul:

Monday, February 14, 2011

Happy Birthday ya Rasulullah s.a.w ;)

Sempena Maulidur Rasul ini..
kolej aku ade buat ceramah mengenai Rasulullah..
tapi kali ni bukan lah mengenai sirah2 kisah Rasulullah berperang ke ape..
tapi ustaz Sayuti(ketua unit pendidikan agama Islam) sampaikan perihal keperibadian Rasulullah..
dari tarikh lahirnya , sifat2 mulia nya, gambaran wajah dan keterampilan nya dari pandangan sahabat2 Rasulullah..
mesti ramai yang tak tau tentang keterampilan Rasulullah s.a.w..sehinggakan kita tidak berhak melakar atau mewujudkan gambaran Nabi Muhammad .
tapi gambaran yang ustaz ceramahkan tu hanyalah pernyataan yang yang diceritakan oleh para sahabat Baginda..sumber nye pastilah yang sahih dah boleh dipercayai..
ustaz juga ade tunjukkan orang2@profesional2 barat yang mengagumi Rasulullah..
nama Baginda (MUHAMMAD) juga tercatat dalam top10 manusia yang hebat iaitu yang pertama dalam senarai .. siapa sangka orang barat pun mengiktiraf Rasulullah s.a.w sebagai manusia yang hebat..

"Umati , Umati, Umati"
tiga patah perkataan ini sahaja yang keluar dari mulut Rasulullah ketika Baginda wafat..
walau sayangnya Baginda terhadap isterinya ,
walau setianya Baginda terhadap sahabat2nya ,
walau siapa pun yang paling rapat dengan Baginda..
ketika wafatnya , Baginda hanya mengingati Umat nya di akhir zaman ini..

kita lah umatnya di akhir zaman itu..
mengapa orang lain boleh mengagumi Rasulullah tetapi bukan kita sebagai umat nya?
apalah salah jika kita sayangkan Rasulullah selepas Allah s.w.t?
apalah salah jika kita sayangkan Rasulullah melebihi yang laen didunia ini?
apalah salah jika kita mengagung2kan Baginda berbanding pakar2 politik lain didunia ini?

walau apa jua.. 
Rasulullah sahaja yang boleh memberi syafaat nya kepada kita di akhirat kelak..
wallahualam :)

Happy Birthday Nabi Muhammad ya Rasulullah s.a.w :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...