:welcome:

Selamat Datang , Selamat Membaca
Inilah Dunia si Gadis Mocha



:gadismocha:

:gadismocha:

:soundofsoul:

Sunday, August 28, 2011

Selamat Hari Raya

aku hanya mampu mengucapkan 
Selamat Hari Raya AidilFitri Maaf Zahir Batin
maafkan segala salah dan silap aku selama nie



Raya ku kali ini tiada makna tanpa ibu n ayah di hari raya pertama
aku takde feel nak raya..
korang yang lainn..
Raya , raya jugak.. jaga kesihatan okayy

suke suki

heyy gila la.. gila mmg gila.. bole pulak die tak kesah bila aku ckp aku dah ada 5 pkwe n die pakwe ke-3 aku.. siap bole lagi die ckp 'takpe, asalkan kite couple' perghh.. suke suki die je..padahal aku men2 je pun.. n die baru je dapat awek baru sbnrnye.. die kata aku awek die ke-2 pulak dahh.. hah ! elok lahh, sama je gila..

nak tau sapa 5 orang pakwe aku tuh??
Azamuddin
Fikri
Faez
Khafieszal
Yazid

hahahahah... okayy.. kepada awek2 mamat yg bernama diatas.. jangan ambil pusing..kerana aku bukan merampas.. aku hanya rapat jehh ngn dorang.. dorang still sayang awek2 dorang okay! dorang pun tak tau nama dorang tersenarai.. bhahaha. aku dah tade keje len camnie lerr.. padahal ada due nama yg tersenarai tuh aku tak penah jumpe pun lagi..
heee :DDD

Friday, August 26, 2011

Balik Kampung Ke?

Aku dalam dilemma
Diluah mati emak, Ditelan mati bapak

Kalau tak balik kampung,
Dapat beraya kat rumah ngan Ayah , Ibu n Along
Tapi, Lepas nie aku dah merantau ke Arau,
Bukan dekat tuk ulang alik
Nenek aku dah tak larat dah
Kalau pape jadi, takkan aku tanak balik kampung kot
Hari tu atok aku mninggal pun aku tak dapat balik
Yelah.. perasaan orang tua kan
Kita mana tau kalau die rindu kat cucu2 die

Kalau balik kampung,
boleh tumpang Abg M,
dapat lepas rindu kat kampung
Nak buat ketupat kat kampung
Insyallah dapat kumpul duet raya
Dapat jumpe bakal isteri Cik Nin
Aida mintak tlg aku aja die akaun
Tapi ,Kesian kat Ayah, Ibu n Along beraya bertiga je kat rumah,
Ayah pulak mesti kecik hati sebab yelah die tak balik kmpung sbb takde duet dah,
Ada pun Ayah dah peruntukkan tuk belanja ke Perlis nanti,
Demi aku untuk belajar , ayah sanggup beraya ala kadar je kat rumah


Kalau nak ikotkan memang aku nak balik kampung, tapi aku tak tanya pun lagi ayah aku bagi ke tak aku balik kampung ikot Abg M, kalau ayah tak bagi takan aku nak pegi jugak kan, tanak lah jadi anak derhaka, ayah aku dah cukup berkorban demi anak2 die..

Ya ALLAH,
ku mohon redha-MU
lembutkan lah hati ayah 
agar mengizinkan aku pulang ke kampung tahun ini
sesungguhnya aku rindu kampung halaman
T_T

Tuesday, August 23, 2011

my love at the second sight failed again !

Pertama kali ku bertemu denganmu
Jantung ku berdegup tidak keruan
Perasaan aneh kian menjalar
Mengenang kisah lalu menjadi kelu
Hanya mata bertentang mata
Walaupun belum kita bertegur sapa
Namun aku tetap jatuh cinta

Pertama kali ku dengar suaramu
Hatiku terpaut merindui dirimu
Walaupun sehari tidak bersua muka
Mesej aku tak lupa
Alangkah hiba nya hati
Pabila kau mengaku
Kau sudah pun kembali bersama kekasih lama




Huargghhhhh !!!
bawak bawak bersabar ye Athirah..
Kau bukan menaruh harapan sangat pun
cuma terkilan kerana tetibe je kannn
haishhh .. bia lah gagal lagi pun..
belum masa nya mungkin..
dalam tempoh 4 tahun lagi nanti,
Insyallah kau boleh jumpe jodoh kau..
bia lahh mamat tuh ye Athirah..
tabahkan hati kau supaya tak tinggalkan die lagi
dan cuba jadi kawan yg terbaek tuk die
"Sebagai Manusia, Aku Sayang Padamu"
(perghh , kata-kata Laksamana Sunan dah kuar)


aku hanya jadi manusia pemendam rasa
orang tidak akan dapat melihat apa yg aku rasa
melainkan mendengar atau membaca luahan ini
biar lah ALLAH s.w.t saja yang tau
terima kasih kerana masih sudi menerima diri ini sebagai sahabatmu
^_^

Friday, August 19, 2011

Aku Insan Biasa

Siapa Aku? Siapa Diriku?
Aku Hanya Insan Biasa
Manusia yang tetap melakukan kesalahan
Tidak terlepas melakukan dosa

Ya , aku sedar akan kekhilafan diri ini...
Aku tidak menafikan jika ada yg benci akan diri ini
Mungkin ada yang mengatakan diriku ini perasan bagus , konon je baik , alim-alim kucing camtu..
Aku sedar akan pandangan orang sekeliling terhadap aku..

Aku sering menasihati sahabat ku agar tidak meninggalkan solat
Walhal.. aku sendiri kadang kala lalai..
Aku sering menasihati sahabatku agar tidak menodai hati dengan terlalu memuja kekasih hati
Walhal.. aku sendiri tidak terlepas dari terlalu merindui insan lain drpada Allah s.w.t dan Rasul-Nya
Aku sering merasa terkilan dan sedih jika sahabat ku tidak mengendahkan suruhan agama
Walhal.. aku sendiri kadang kala ambil mudah..
Jika aku memberi nasihat , dari siapa pula aku harus menerima nasihat??

Ya , Aku hanya insan yang lemah imannya..
Adakah di atas kekhilafan diri ini , aku tidak berhak menasihati??
Bukan kah kita harus saling menasihati dan saling mengingat kan..
Apa yang aku lakukan adalah tanggungjawab sebagai seorang muslim yang menyayangi sahabatnya..

Tidakkah korang rasa , korang juga perlu menegur aku jika aku melakukan sesuatu yang salah?
Tidakkah korang rasa , korang perlu mengingatkan aku apa yang aku terlupa atau terlalai?
Maafkan aku jika aku terlalu mendesak.. aku hanya mohon..
Jika korang sayang aku sebagai sahabat , jangan menghakimi aku..
tetapi, tegur lah aku.. jangan takut untuk menegaskan sesuatu yang betul jika aku bersalah..

Aku Hanya Insan Biasa =')


Ya ALLAH , ampunilah hambamu ini
yang tidak terlepas dari melakukan dosa
aku khilaf ya ALLAH
Bimbing lah aku ya ALLAH
Berikanlah aku tunjuk ajar
Agar Kalamullah menjadi panduan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...