:welcome:

Selamat Datang , Selamat Membaca
Inilah Dunia si Gadis Mocha



:gadismocha:

:gadismocha:

:soundofsoul:

Saturday, August 6, 2011

my fullday work on saturday while fasting

URGHHHHH!!!
ramai gila customer! hari sabtu kann.. mana tak ramainya.. masing2 datang satu family sume nye shopping raya.. tak menyempat! aku full pulak.. aku sorang je jaga kaunter aku.. tu takpe lagi kalau takde gangguan.. tapi bila customer dari kaunter lain banyak mulut.. nak taknak, terpaksa lah layan padahal customer aku sendiri pun tak settle lagi nak bukak bill sume.. haihhh. mana lah pegi staff kat kaunter tuh. menyirap je nak kene layan customer die.. mana tak nya, kasut kaunter tuh sume nye murah2.. tapi bukan jenis tahan lama pun..design pun ala kadar je.. aku naik meluat nak layan customer die yang banyak songeh sangat.. mulut sume takleh nak diam. kadang kadang bila dah sakit hati sangat , aku jawab je "takde lah, saya tak tau, sy tak jaga sana" . hambekk kau ! walaupun kata JUSCO "customer always right n tak boleh cakap 'tak tau' pada customer", tapi tak bermakna semuanya apa yang customer buat tu betul.. bila dengan selamba derk aku je jawab macam tuh.. aku da redha dah kalau jusco nak amek tindakan kat aku ke apa kalau customer buat report lah.. kalau customer tak buat report, takpe lah.. tak kene pape pun..

first time aku berbuka puasa dengan warga jusco.. baru aku tau macam mana keadaannya time berbuka.. hurm.. yang menakjubkan nya.. bila aku g naek surau nak solat maghrib kan, SURAU PENUH DERR!!! selalunya tak ramai pun.. kira bole bernafas lagi lah.. nie.. memang kelam kabot je aku solat n pkai tdung pun ala kadar then g tandas baru lah pkai tdung betul2.. surau tu dah la kecik je.. tapi alhamdulillah la ade jugak tempat solat.. :)

Wednesday, August 3, 2011

ke-too-phat

semalam aku pegi keje bukan buat keje yang sepatutnya
tapi aku menganyam ketupat.
hehe. best ! 
rasa macam esok raya je bila sebok menganyam
padahal bukan ketupat betul pun.. tuk buat hiasan je
^_^




harini aku sambung balek kot buat ketupat lagi..
semalam tak settle lagi..
haha :DD

Tuesday, August 2, 2011

Luahan seorang lelaki

Lelaki : Kenapa ek perempuan selalu cakap lelaki semua sama je?

Aku : Dah itu hakikatnya. tapi bukanlah dari semua segi kita akan cakap lelaki sama je.. ada jugak bezanya. tapi, tiap kali yang berbeza tu kita akan pandang something yang special. so, yang special tu die akan simpan sendiri je.. Bila ada yang buruknya baru lah kte akan cakap lelaki semua sama. Kan biasa dengar perempuan akan cakap lelaki semua sama je bila nak salahkan lelaki tuh. 

Lelaki : Bagi aku pulak, perempuan semua sama je macam apa yang diorang cakap kat lelaki sebab aku da terkena.

Aku : Ha, macam tuh la jugak ape perempuan rasa bila cakap lelaki semua sama.. bleh terima tak jawapan aku?

Lelaki : Erm, oke. Tapi bila aku dengar perempuan cakap macam tu, aku rasa cam tak adil je. Padahal Perempuan lagi teruk kot. Kaki Kikis !

Aku : So, maksud kau sekarang yang perempuan semua sama je kaki kikis la? Ouh.. Oke2.. Itu dr pandangan kau.. or maybe dah nasib kau asyik jumpa yang kaki kikis je.. Aku tak boleh nak nafikan.. sebab aku tau.. memang tak semua perempuan baik pun.

Lelaki : Dan bagi aku jugak, perempuan pandai goda dan pemainkan perasaan lelaki.

Aku : Haha. aku takleh nak cakap pape . Thats your point . Aku nak sanggah pun aku rasa ada betulnya walaupun kadang-kadang benda tu berlaku tanpa sedar atau senang cakap sebenarnya takde niat langsung. Tapi manusia kan..dalam sekelip mata pun boleh berubah...

Lelaki : Erm betul tu. tapi bila jodoh dah bertemu, rasa cam sehati sejiwa, saling memahami. 

Aku : Tapi tak semua jodoh yang dah bertemu tu akan saling memahami.. Kita sendiri boleh nampak orang yang dah kahwin pun boleh bercerai, ni kan lagi baru couple-couple camtu.. Belum tentu akan kekal. 

-------------------------------------------

So, apa yang boleh kita rumuskan disini??
si Lelaki terlalu emosi kah?
adakah aku menjawab dengan sewajarnya atau pun tidak?
hurm...

Masa Lalu

Semakin hari aku hidup , 
semakin banyak benda aku belajar , 
semakin bertambah pengetahuan aku , 
semakin luas pemandangan aku , 
semakin banyak pengalaman aku,
semakin terasa kematangan diri yang dikejar masa.

Mungkin tak nampak dengan mata kasar,
tapi setiap yang berlaku dapat dirasakan,
perasaan kian berubah,
tidak bisa kembali ke masa lalu,

Ya , hidup umpama roda,
tapi tidak bermakna kita boleh kembali ke masa lalu,
masa lalu hanya tinggal kenangan,
kita akan terus dan terus hidup tanpa berpatah balik.

Namun.. tanpa masa lalu,
siapa lah kita sekarang?
masa lalu banyak mengajar kita
hargailah masa lalu dan jangan didendami.


Monday, August 1, 2011

1 Ramadhan 1432

SAHUR
Pagipagi lagi dah kena marah ngn ibu sebab alarm ibu bunyi lambat drpd yang sepatutnya.
aku setkan pkul 4, tapi pukul 4.45 baru ibu sedar.. pastu mara aku n cakap aku sala set alarm. :(

SUBUH
Lepas solat Subuh, sempat lah tadarus jap smpai mengantuk n tido balek . huhu

KERJA
Pegi keje gerak pkul 9 sebab 9.30 ada briefing. Menakjubkan kerana ramai pulak masuk briefing pagi tadi.
Kembali ke mood Puasa.. tak ramai pun customer.. bosan sungguh ! bila bosan, buat aku btambah lemao!

Tghari rehat dengan Aen.. g bank BSN pinjam motor Fakrul, helmet die aku pkai, Aen pakai helmet Ijoy.
Lawak lah sehh.. Aen kata die takut ngn style aku bwk moto uh.. huhu. aku dah biasa derr.. kat tgh2jalan tetiba walet aku jatuh, terkeluar duet aku rm20. sekeping rm10 melayang masuk longkang, sekeping lagi atas jalan je..huh. naseb baek tak banyak kete. selamat lah lagi aku berhenti mengejut kat tepi jalan tuh n  patah balek g amek walet n duet aku.. adoiyai.. (actly, first time rempit ngn motor org laen)

Petang pulak aku kene balek pukul 4.30.. ingat nak balek kul 5tapi tetiba permenant aku bertegas gak nak suh aku balek kul 4.30 . hurm, aku ikut kan aja.. tapi ayah aku jemput lambat lah seh.. pkul 4.30 tuh aku call rumah, ayah aku baru terlelap ke camner tah.. so,aku tunggu je lah.. sempatlah aku borak2 dulu ngn Fizal time die baru balek dr bazaar n before die msuk keje lek.. padan muke kau full ! aku dapat bbuke kat ruma wehh.. haha (jahat lak aku en).

BALEK KEJE
Sampai je rumah pkul 5.30 cmtuh, aku terus dapatkan tilam.. perghhh ! nikmatnya ALLAH je yang tau aku rasa cmner.. hehe. dalam pkul 6 cmtuh baru aku sedar aku belum mandi n solat Asar.. so, cepat2 lah aku bgn g mndi.

Lepas solat, aku terus tolong ibu siapkan mknn tuk berbuka.. kteorg bbuke dengan apa yang ada je.. tak pegi bazaar pun.. 

BERBUKA PUASA
mampat lah seh perut aku ! padahal takdelah bnyk mane aku makan.. kalau nak dibandingkan dgn time dulu, dulu aku lagi rakus kot ! tapi kali ni steady je.. tuh pun full tank -.-

TARAWIH
Adalah lebih kurang hampir 2 tahun aku tak jejakkan kaki kat Surau Nurul Iman yang dekat ngn rumah aku.. mana taknya, tahun lepas punya trawih aku buat kat matrix je.. time form5 dulu, bukan full month pun aku g trawih.. hujung2 bulan dah malas. teruk betul aku kan..
So, harini aku kembali menjejak kan kaki ke surau tu.. rindu jugak suasana Ramadhan macam nie -^_^-



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...