:welcome:

Selamat Datang , Selamat Membaca
Inilah Dunia si Gadis Mocha



:gadismocha:

:gadismocha:

:soundofsoul:

Friday, August 26, 2011

Balik Kampung Ke?

Aku dalam dilemma
Diluah mati emak, Ditelan mati bapak

Kalau tak balik kampung,
Dapat beraya kat rumah ngan Ayah , Ibu n Along
Tapi, Lepas nie aku dah merantau ke Arau,
Bukan dekat tuk ulang alik
Nenek aku dah tak larat dah
Kalau pape jadi, takkan aku tanak balik kampung kot
Hari tu atok aku mninggal pun aku tak dapat balik
Yelah.. perasaan orang tua kan
Kita mana tau kalau die rindu kat cucu2 die

Kalau balik kampung,
boleh tumpang Abg M,
dapat lepas rindu kat kampung
Nak buat ketupat kat kampung
Insyallah dapat kumpul duet raya
Dapat jumpe bakal isteri Cik Nin
Aida mintak tlg aku aja die akaun
Tapi ,Kesian kat Ayah, Ibu n Along beraya bertiga je kat rumah,
Ayah pulak mesti kecik hati sebab yelah die tak balik kmpung sbb takde duet dah,
Ada pun Ayah dah peruntukkan tuk belanja ke Perlis nanti,
Demi aku untuk belajar , ayah sanggup beraya ala kadar je kat rumah


Kalau nak ikotkan memang aku nak balik kampung, tapi aku tak tanya pun lagi ayah aku bagi ke tak aku balik kampung ikot Abg M, kalau ayah tak bagi takan aku nak pegi jugak kan, tanak lah jadi anak derhaka, ayah aku dah cukup berkorban demi anak2 die..

Ya ALLAH,
ku mohon redha-MU
lembutkan lah hati ayah 
agar mengizinkan aku pulang ke kampung tahun ini
sesungguhnya aku rindu kampung halaman
T_T

Tuesday, August 23, 2011

my love at the second sight failed again !

Pertama kali ku bertemu denganmu
Jantung ku berdegup tidak keruan
Perasaan aneh kian menjalar
Mengenang kisah lalu menjadi kelu
Hanya mata bertentang mata
Walaupun belum kita bertegur sapa
Namun aku tetap jatuh cinta

Pertama kali ku dengar suaramu
Hatiku terpaut merindui dirimu
Walaupun sehari tidak bersua muka
Mesej aku tak lupa
Alangkah hiba nya hati
Pabila kau mengaku
Kau sudah pun kembali bersama kekasih lama




Huargghhhhh !!!
bawak bawak bersabar ye Athirah..
Kau bukan menaruh harapan sangat pun
cuma terkilan kerana tetibe je kannn
haishhh .. bia lah gagal lagi pun..
belum masa nya mungkin..
dalam tempoh 4 tahun lagi nanti,
Insyallah kau boleh jumpe jodoh kau..
bia lahh mamat tuh ye Athirah..
tabahkan hati kau supaya tak tinggalkan die lagi
dan cuba jadi kawan yg terbaek tuk die
"Sebagai Manusia, Aku Sayang Padamu"
(perghh , kata-kata Laksamana Sunan dah kuar)


aku hanya jadi manusia pemendam rasa
orang tidak akan dapat melihat apa yg aku rasa
melainkan mendengar atau membaca luahan ini
biar lah ALLAH s.w.t saja yang tau
terima kasih kerana masih sudi menerima diri ini sebagai sahabatmu
^_^

Friday, August 19, 2011

Aku Insan Biasa

Siapa Aku? Siapa Diriku?
Aku Hanya Insan Biasa
Manusia yang tetap melakukan kesalahan
Tidak terlepas melakukan dosa

Ya , aku sedar akan kekhilafan diri ini...
Aku tidak menafikan jika ada yg benci akan diri ini
Mungkin ada yang mengatakan diriku ini perasan bagus , konon je baik , alim-alim kucing camtu..
Aku sedar akan pandangan orang sekeliling terhadap aku..

Aku sering menasihati sahabat ku agar tidak meninggalkan solat
Walhal.. aku sendiri kadang kala lalai..
Aku sering menasihati sahabatku agar tidak menodai hati dengan terlalu memuja kekasih hati
Walhal.. aku sendiri tidak terlepas dari terlalu merindui insan lain drpada Allah s.w.t dan Rasul-Nya
Aku sering merasa terkilan dan sedih jika sahabat ku tidak mengendahkan suruhan agama
Walhal.. aku sendiri kadang kala ambil mudah..
Jika aku memberi nasihat , dari siapa pula aku harus menerima nasihat??

Ya , Aku hanya insan yang lemah imannya..
Adakah di atas kekhilafan diri ini , aku tidak berhak menasihati??
Bukan kah kita harus saling menasihati dan saling mengingat kan..
Apa yang aku lakukan adalah tanggungjawab sebagai seorang muslim yang menyayangi sahabatnya..

Tidakkah korang rasa , korang juga perlu menegur aku jika aku melakukan sesuatu yang salah?
Tidakkah korang rasa , korang perlu mengingatkan aku apa yang aku terlupa atau terlalai?
Maafkan aku jika aku terlalu mendesak.. aku hanya mohon..
Jika korang sayang aku sebagai sahabat , jangan menghakimi aku..
tetapi, tegur lah aku.. jangan takut untuk menegaskan sesuatu yang betul jika aku bersalah..

Aku Hanya Insan Biasa =')


Ya ALLAH , ampunilah hambamu ini
yang tidak terlepas dari melakukan dosa
aku khilaf ya ALLAH
Bimbing lah aku ya ALLAH
Berikanlah aku tunjuk ajar
Agar Kalamullah menjadi panduan

Wednesday, August 17, 2011

HAPPY BIRTHDAY MOHAMMED KHAFIESZAL KHAN !

17 August 2011
wehh sengal ! kau dah besar dah enn..
Sembilan Belas dah kannn
tuh pun mengada ngada mintak KFC dgn aku..
naseb kau memang baek ! :)


sempena beday kau nie.. aku nak wish
HAPPY BIRTHDAY!
Semoga Panjang Umur n Murah Rezeki
but , kena ingat jugak..
semakin umur kita meningkat ,
semakin dekat jugak kite dengan kematian..
sesungguhnya mengingati kematian itu perlu ya syg..
Mudah2an kau jadi anak yang Soleh ya..
Sentiasa doakan Ibu Bapa kau..
Aku sentiasa sokong kau selagi kau tak penah putus asa dalam hidup
dan jangan lupa Allah s.w.t sentiasa disisi kite..
Kau jangan nakal2 ye bila aku takde kat sini nanti..
Buatlah keputusan yang kau rasa terbaik tuk diri kau..
harta dunia boleh di cari , akhirat jangan dilupakan
berbaktilah pada Mak kau selagi ada hayatnya
Last but Not Least
Jangan Tinggal Solat ye !
^_^

Monday, August 15, 2011

Some Part Missing

Tetiba Aku rasa nak mengimbau kenangan zaman kegemilangan Aku sebagai Senior Sekolah iaitu sebagai Pelajar Tingkatan Lima. Kegilaan kami sangat terserlah apabila kami merupakan pelajar yang banyak bodek Cikgu. Okeh! bila datang lambat, mana kene rotan macam yang lain, Sir William bagi kteorg buat keje lain..hehe. Saat Aku dan Miya bodek Pn.Norlia (cekgu kaunseling) untuk kiteorang join Kem CITRA yang kat IKBN Dusun Tua tuh.. Padahal kalau nak diikotkan, nama Aku dan Miya langsung tidak tercalon untuk pergi kem tuh..Bak kata Ustazah "Budak Dua Orang Nie Baek2 Je".. huhu.. baek ke? Alhamdulillah, Kiteorg masih lagi dalam kenakalan yang terkawal.. Hehe. tapi disebabkan ada yang menolak tawaran untuk menyrtai kem tersebut , maka kami yang tidak mahu kebosanan kerana geng gila-gila kami semuanya kena pegi kem tuh.. So, apa lagi.. bodek lah Cikgu jawabnya sebab nak ikot jugak ;D






Aku teringat lagi time ada test lisan untuk BM.. Cikgu cakap tak kesah lah kiteorg nak present n cakap pasal apa pun.. ada yang siap cam nak memasak lah, ada yang citer sal bola keranjang lah.. macam-macam lagi.. Tapi Aku dan Miya lain pulak.. Miya berpuisi dengan iringan gitar Muhd Fizri.. Aku pulak konon nak bercerita pasal pengalaman kat kem tuh.. coz banyak yang menariknya.. Tapi, Aku gagal meyampaikan dengan baik.. So, memalukan diri sendiri je.. Haha! Kesah Pulak Aku?! Lantakkk ;P

Bila lagi beberapa bulan nak SPM tuh.. Aku and The Geng Of  Uhui.co baru nak rapat.. Sejak bila kiteorang rapat? Sejak kiterog tusyen sama-sama kat Bukit Dukung.. Kiteorg selalu komen2 pasal Cikgu2 tusyen tuh.. Tapi bila time Math je semua focus .. Duh! Hurm.. Apa lagi kami buat ye? Haa.. kalau tak silap, time bulan puasa.. kiteorg rajin singgah rumah Zahier tuk maen mercun.. heh. Aku supply mercun tuk diorang time nih sebab kat rumah Aku ada lagi stok mercun yang dari 2Tahun lepasnya.. saja nak habiskan stok je tuh.. time nieh hati aku berbunga-bunga lagi dengan kau kan Afi Kan? Asyik kene usik je dengan yang lain.. Haha..kenangan kenangan.. Tapi kejap je kan? Tak Apa , Segala yang manis Aku simpan, yang pahit Aku tanak kenang pun :)





Time Raya pulak, kat rumah Aku kite wat gathering kan UHUI.co? Tuh la First gath kite kan? Seronok wehh.. Time beday aku pulak tuh.. Aku rasa macam baru bebas dari sangkar je. Tapi sayangnya.. kita belum SPM lagi pun time tuh.. masih perlu study.. ingat lagi pesan Ayah Aku buat semua? " Nie Last Ye Korang Beraya.. Lepas Nie Focus Nak SPM Pulak!".. Haha , Apa reaksi korang ye? *senyum , sengih cam kerang busuk, angguk-angguk je kan?* Yang Aku dah nak terkekek2 kat blakang ayah Aku ;P (heyy.. Teringat Pula kes ada orang tuh tak jumpa kuah laksa )



Time skola pulak , tiap kali balek skola je.. kteorang mana balek rumah teros.. kteorang mesti stay kat skola lagi coz mahu study ramai-ramai.. lepas study, apa lagi releas tension dengan buat skola tuh macam rumah sendiri jeh.. sukahati Aku lah nak buat apa. Ada sekali tuh.. Afi kene kejar dengan Sir William..Afi kata die saja je lari padahal die tak wat pape pun.. Sir William pulak ingatkan ada buat salah lah budak tuh yang die g kejarnye.. tuh satu hal.. Ada lagi yang gilanya AFi n Matt pegi men lompat dari 1st Floor.. Bengang je Aku time uhh bila Gila dorang tak dapat dikawal.. Aduhh.. Ngeng je!






Tapi Alhamdulillah.. Result SPM kami masih melayakkan kami ditempatkan di IPTA n IPTS.. Masing masing bawa haluan masing masing sekejap lepas tuh.. Tapi, tetap jugak kami tak boleh berpisah.. Selagi da FaceBook, Blog , Myspace, or whatever Social Networking skang nie.. kami akan terus berhubung Tanpa Sempadan..

Heyy Buddies.. GoodLuck!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...